Tuesday, 8 November 2011

pantun lawak

Terlajak perahu boleh diundur, 
Terlajak kereta pun boleh undur,
Terlajak kapal terbang takde gear reverse,sori.
Bersatu kita teguh,
Bercerai kita kahwin lain.
Sudahlah jatuh ditimpa tangga,
Tertempek pula taik ayam.
Alang2 mandi biar guna sabun dan syampu.
Harimau mati meninggalkan belang,
 Isteri mati meninggalkan gelang,
 Suami mati meninggalkan hutang (Tu la, jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
Sebab mulut santan binasa,
Sebab mulut juga…..nasi pun habis.
Biar putih tulang,
Jangan kuning gigi (Gosok jangan tak gosok)
Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
 kecuali ada beruk atas pokok tu.
Malang tidak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tidak berbunyi.
Biar mati bini, Jangan mati anak ( Boleh kahwin lain ape)
Berakit2 kehulu, berenang2 ketepian,
 Lama2 penat juga.
Harapkan pagar,  
Pagar pun tak leh harap.
Hujam emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
kalau macam 2 baik tak payah hujan. 

Wednesday, 2 November 2011

salah tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,untuk mengelak kecacingan...minumlah arak..

lawak persahabatan

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal
Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya ’stokin’ kau. Beli kat mana? Hahaha…Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah…Amin: (Dengan muka sedih). Aku [...]

Tuesday, 1 November 2011

cinta&kawan

suatu hari cinta &kawan berjalan sekitar kampung..
tiba-tiba cinta terjatuh dalam telaga..kenapa?
kerana cinta itu buta..lalu kwn pun ikut terjun kedalam telaga..kenapa??
kerana kawan akan buat apa sahaja demi cinta!!
didalam telaga cinta hilang..kenapa??
kerana cinta itu halus..mudah hilang kalau tak dijaga..apatah lagi dalam gelap..
sedangkan kawan masih lagi tercari-cari dimana cinta&terus menunggu..kenapa?
kerana..kawan itu sejati&akan kekal sebagai kawan yang setia..kan??
so..hargailah kawan selagi kita terasa dia beerti..